Thursday, February 1, 2024

PENGECUALIAN (Perkara yang kami tak lindungai)

    Sijil Takaful ini tidak melindungi sebarang Penghospitalan, Pembedahan atau bayaran yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagian, oleh mana-mana satu (1) kejadian berikut:

  1. Penyakit sedia ada.
  2. Penyakit tertentu yang telah dihidapi dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari pertama perlindungan.
  3. Tempoh menunggu selama tiga puluh (30) hari bagi semua kecuali kecederaan kemalangan.
  4. Pembedahan pilihan kosmetik atau plastik termasuk tetapi tidak terhad kepada dua kelopak mata, jerawat, keloid, parut, tag kulit, alopecia/keguguran rambut yang tersebar atau rawatan komplikasi mereka, kecuali pembedahan pembentukan semula yang diperlukan untuk memulihkan fungsi selepas kemalangan yang berlaku dalam tempoh perlindungan takaful.
  5. Pemeriksaan mata, cermin mata, kanta sentuh dan semua jenis kanta dan prosedur pembedahan untuk pembetulan ralat refraktif mata dan penggunaan atau pemerolehan peralatan prostetik atau alat pembetulan luaran seperti anggota tiruan, alat bantu pendengaran, perentak yang diimplankan, aerochambers dan peralatan semburan (nebulizing), pad ortopedik, dan preskripsinya.
  6. Penyakit gigi termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali yang diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku dalam tempoh perlindungan takaful.
  7. Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dan semua jenis rawatan yang diterima terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-x, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tetapi tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis hilang upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar perubatan, dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.
  8. Apa-apa rawatan atau penilaian untuk penyakit kongenital, keturunan atau tumbesaran, kecacatan, dan hilang upaya atau komplikasi yang berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada sista dermoid, haemangioma, hidrosele.
  9. Kehamilan, melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan pranatal atau selepas bersalin, serta apa-apa pembedahan kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, menukar jantina, disfungsi seksual termasuk impotensi, ujian atau rawatan berkaitan pensterilan dan khatan yang dilakukan atas sebarang sebab.
  10. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau sengaja mencederakan diri sendiri ketika siuman atau tidak siuman.
  11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau penderhakaan tentera.
  12. Pengecualian Sekatan – Kami tidak akan memberikan perlindungan atau akan membuat apa-apa bayaran atau memberikan apa-apa perkhidmatan atau manfaat kepada anda atau tanggungan anda atau pihak lain sekiranya perlindungan, pembayaran, perkhidmatan, manfaat itu akan melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan sekatan perdagangan atau ekonomi yang berkenaan.
  13. Rawatan untuk sebarang keadaan perubatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung dari pencemaran radioaktif atau apa-apa bahan nuklear, termasuk pembakaran bahan api nuklear.
  14. Perbelanjaan yang anda tanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.
  15. Penyiasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, imbasan PET, terapi sel stem, hiperhidrosis, terapi oksigen hiperbarik, gangguan psikiatri, psikotik, gangguan mental atau saraf, termasuk neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatik, gangguan psikiatri seperti neuropsikosis, skizofrenia dan lain-lain.
  16. Terapi penggantian hormon dan terapi alternatif seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma.
  17. Jagaan atau rawatan yang pembayarannya tidak diperlukan atau yang dibayar oleh mana-mana pengendali takaful lain atau indemniti yang melindungi anda termasuk hilang upaya akibat daripada tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Workmen’s Compensation Takaful Contract.
  18. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan, barang bukan perubatan lain yang tidak layak dan barang-barang yang tidak berkaitan secara langsung dengan rawatan perubatan hilang upaya.
  19. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional, mendaki gunung dengan menggunakan tali atau panduan gunung.
  20. Sakit atau kecederaan akibat daripada aktiviti yang tidak dibenarkan.
  21. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual yang mempunyai lesen untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.
  22. Dadah terlarang, mabuk, penyakit veneral dan sekuelenya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan Aids) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

    23. Apa-apa rawatan yang berkaitan dengan tumbesaran yang lambat atau/dan ketidakupayaan pembelajaran.

9 LANGKAH CARA GUNA MEDICAL CARD


1. Dapatkan diognos kesihatan anda di bahagian kecemasan hospital ataupun klinik.


2. Jika dinasihatkan oleh doctor untuk masuk ke hospital, anda perlu dapatkan surat rujukan kepada hospital swasta berdekatan.


3. Bawa surat rujukan (refer letter) tersebut ke hospital swasta dan pergi ke kaunter admission.


4. Tunjukkan medical card anda/kad pengenalan dan kenalkan syarikat Takaful anda.


5. Dapatkan pengesahan surat jaminan (Guarantee Letter) daripada syrikat Takaful anda.


6. Urusan ini akan diuruskan oleh pihak hospital dengan syarikat Takaful anda.


7. Sebelum admit, pastikan GL telah dikeluarkan.


8. Jika belum, sebaiknya elakkan dari terus admit melainkan kes kemalangan/kecemasan supaya tidak timbul kes yang tidak diingini seperti GL reject.


9. Andai kata langkah 1-8 ini anda terlupa. 

PASTIKAN PANDUAN TERAKHIR INI ANDA INGAT! Iaitu simpan nombor BANTUAN KECEMASAN 24JAM MEDIKAL KAD